followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Resepi kuih bahulu

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven

Selamat mencuba...
Kredit to resepibiskut

Resepi Biskut Green Princess

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

bahan hiasan :
coklat masakan putih
*saya tambah ngan gula hiasan

Cara-caranya:
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam.Rehatkan adunan seketika
3. Selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Biskut dah sejuk barulah dihias dengan coklat masakan putih dan gula hiasan mcm aku buat tu...
p/s : tp coklat putih ni dia melengas skit la..dan biskut ni pun lembut dan gebu mcm makmur tu... so kena berhati-hati ketika mengendalikannya.. :)

Kredit to resepibiskut

Ayam percik ala bazar ramadhan

Salam Ramadhan semua...
haaaaa mesti ade yang suke dengan ape yang miyra nak kongsikan..
kongsi respi la..
resepi ayam percik.. yang macam kat bazaar ramadhan tu.. dan macam kat pasar malam...
kirenye sekarang korang dah boleh buat sendiri.. senang aje...

Bahan-bahan ( Anggaran 4 ekor ayam )
1 kg bawang besar
2 inci halia ( diblender )
100 gm lengkuas ( diblender )
80gm bawang putih ( diblender )
8 batang serai ( diblender )
3 1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah atau gula melaka
5 sudu besar stok ayam serbuk
4 cawan cili giling ( atau blender )
4 cawan cili sos
1 kg santan

Cara-cara
1.Satukan kesemua bahan -bahan diatas dalam satu stok pot yang besar, gunakan api sederhana untuk memasak bahan-bahan ini sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan ayam , ( pastikan korang dah potong ayam ni mengikut kesukaan )apa yang perlu korang take noted, jangan sampai masak ayam tu, kite hanya perlukan separuh masak sahaja untuk ayam percik ni.

3.Apabila ayam telah separuh masak, asingkanlah ayam untuk dibakar,

4.Gunakan penyepit buluh, untuk menyepit ayam setengah masak ni...sebelum dibakar.
Manakala, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan ke atas ayam nanti

5.Setelah selesai bakar ayam perciknye..tibalah mase untuk menjamu selera..
yea..yea kite buke dengan ayam percik....
sedap....korang selamat mencuba

Kredit to chefgunawanmalaysia

Tuesday, July 15, 2014

Kuih buah melaka

Jom belajar buat kuoh buah melaka plak..

Bahan-bahan ( 20 biji )
10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya(kalau taknak boleh guna pewarna hijau, masa rebus nanti masukkan daun pandan yang diracit2)
2 ketul gula melaka
2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara
Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

Kredit to serihati

Monday, July 14, 2014

Ayam percik ala kelantan


Ayam Percik Kelantan Menggunakan Pemanggang Ajaib

Resipi ni saya ikut dari blog aziejaya Cuma saya tambahkan skit cili kering sebab nak pedas.

Bahan Utama
Ayam 3 paket

Bahan perap
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam

Bahan kuah
1 tiub santan
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
10 tangkai cili kering (yang jenis kurang pedas. direndam sekejap dengan air panas)
Garam
1 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping

Cara memasak:-

Bersihkan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap yang telah dikisar halus. Perap dalam 30 minit.

Kisar bahan-bahan kuah kecuali asam keping, gula pasir, garam dan santan.

Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kuah sedikit pekat.

Panggang ayam di dalam pemanggang ajaib. Bila 3/4 masak, guna senduk dan curah sedikit kuah di bahagian atas dan bawah ayam semasa memanggang.

Bila ayam dah masak. Tutup api dan hidangkan.

Thursday, May 22, 2014

Sambal petai ikan bilis

Resepi Sambal petai ikan bilis

Bahan2;
Satu tangkai petai dibuang kulit
Sedikit ikan bilis belah
2 sudu cili kering dikisar
Bawang & bawang putih dikisar
1 biji bawang besar dimayang
Sedikit belacan1 sudu kecil gula
1 sudu besar kicap masinGaram secukup rasa
Sedikit airMinyak untuk menumis

Cara2;
1. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan belacan, kicap masin, gula, garam & sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan petai & bawang besar yang telah dimayang.
5. Sedia untuk dihidang.

Dari zaty kichen

Cencaru sumbat berlada

Ikan Cencaru Sumbat Berlada

Bahan-bahan:Ikan cencaru - dibersihkan dan dibelah belakangnya
Lada kering - direbus dan diblend halus
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diblend
Halia - diblend
Garam - secukup rasa

Cara membuatnya:

Gaulkan bahan yang diblend tadi dengan garam
Ikan cencaru yang telah dibersihkan, di gaul dengan asam jawa dan garam disekeliling ikannyaMasukkan bahan blend yang telah diperasakan dengan garam dan ajinomoto tadi ke dalam belahan ikan cencaruPastikan sambalnya tidak terlalu banyak sehingga melimpah ruah dari ikan cencaruPanaskan minyak masak di dalam kualiBila minyak masak dah panas, masukkan ikan cencaru yang telah disumbat dengan sambal tadiPastikan minyaknya melebihi paras ikan, maksudnya goreng terendam la ikannyaBalik-balikkan ikan supaya masak di kedua-dua bahagianSetelah ikan nampak garing bolehlah diangkat dan dihidangkan

Resepi dari azanani

Ayam sweet sour

kali ni kita masak lauk ayam sour2 plak,,, jom cuba

Bahan-Bahan:

300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Dari  iresepi

Ayam sweet sour

kali ni kita masak lauk ayam sour2 plak,,, jom cuba

Bahan-Bahan:

300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Dari  iresepi

Tuesday, May 20, 2014

Biskut kuaci

BISKUT KUACI..antara Resepi yang diminati ketika hari raya...jom cuba buat ye..mesti sedap

Bahan-bahan:

100 gm mentega
70 gm gula perang
60 gm isi kuaci bunga matahari
130 gm tepung biskut (top)
20 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil pes vanila mentega (butter vanilla paste)
1/2 sudu kecil garam
1 biji kuning telur yang kecil
1/4 sudu kecil emplex (perangup biskut)
100 gm cip coklat

Cara Menyediakan:

1. Dalam bekas mengadun, satukan mentega, gula perang, pes vanila mentega, garam, kuning telur dan emplex. Kacau hingga bercampur rata.

2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, kuaci dan cip coklat. Gaul hingga sebati.

3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 15 ke 20 minit.

Biskut out hazlenut

RESEPI BISKUT HARI RAYA 2014

Nampak mcm sedap kan? Jom cuba

Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening

80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste

Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch kisar
15gm serbuk hazelnut
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine (saya guna tepung gandum)
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras

Hiasan :
Putih telur

Oat
Dark cooking chocolate
Papercup

Cara membuatnya:

1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -1 40 degree selama 30 minit -45 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup

Biskut kismis

Antara biskut yang baik untuk anak2..ialah BISKUT KISMIS..Resepi Biskut ni akan saya kongsi dengan anda,,, selamat mencuba

Bahan-bahan

700 g gula kastor
225 g mentega
225 g telur
700 g tepung kek
4 g serbuk kulit kayu manis
475 g kismis
5 g garam
3 g serbuk penaik

Cara-cara

1. pukul mentega bersama gula da garam sehingga kembang. masukan telur & pukul lagi.
2. masukan tepung kek, serbuk kulit kayu manis & serbuk penaik ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati
3. akhir sekali masukan kismis ke dalam aduan & gaul rata.
4. ambil kertas minyak & balut aduan td sedikit2 & masuk ke dalam peti sejuk lebih kurang 30min.
bakar suhu 170 darjah sehingga masak.

NOTA : kalau nk senang bungkus kecil2. bila bakar jarakkan sikit dr satu sama lain coz biskut ni kembang sedikit.

Biskut gajus

Biskut gajus ni tak banyak jugak bahan2nye,, boleh la try buat nanti,, pe kata kita cuba sama2 ye

Bahan-bahannya:-

200 gram mentega
100 gram gula icing
1 biji telur
5 gram esen vanilla
50 gram tepung jagung
100 gram tepung gandum
5 gram garam
10 gram gajus

Cara:-

1.Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla.
3.Kemudian masukkan garam dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung.
4.Uli bahan tersebut hingga sebati dan bentukkan seperti gajus.hiaskan sebiji gajus di hujung adunan tadi.Sapukan telur ke atas biskut tersebut.
5.Bakar dlm ketuhar pada suhu 180'c selama 15 minit.

Biskut tat landak

BISKUT TAT  antara biskut yang mesti ada kan dihari raya,, pe kata kali ni kita buat sendiri..mana tau dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga,,

Resepi Biskut Tart Nenas Landak

Bahan bahan

300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor
                                                                             
Cara cara

1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
6.Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada permukaan nya seperti sisik ikan
7Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter
8.Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya

# butter tu dlm suhu biasa saja

Biskut sarang semut

Haa..antara biskut yang digemari kanak2..ibu2 mesti suka kalau tengok anak berselera makan kan,, pe kata ada masa kita buat untuk anak tersayang

BISKUT SARANG SEMUT
Bahan-bahan :

250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan:

Sedikit coklat rice
secukupnya papercup kecil

Cara membuat:

1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup)
5. Taburkan coklat rice.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut confalkes madu

Salam semua,, ha...da dekat raya ni..antara biskut yang paking saya suka buat ialah BISKUT CONFLAKES MADU  sebab senang je,,,
Jom try

Bahan-bahan ( 50-60 biji )

4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Monday, May 19, 2014

Resepi kuih batang buruk

salam..siapa suka kuih batang buruk..nak dekat raya ni mesti ramai yang nak cuba buat kuih sendiri kan,, tambah lagi suri rumah sepenuh masa..papepun,, yang bekerja juga boleh try buat jika ada kelapangan..

Bahan-bahan:
600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau400 gram gula (kisar)
3 biji telurMinyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
5. Potong kecil dan goreng.
6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Mudahkan,, selamat mencuba

Kek keju leleh

Salam semua..hari ni nak share sikit resepi kek leleh yang tengah top sekarang ye...harap korang suka :)

BAHAN2 UNTUK KEK KEJU LELEH

**100 gram tepung hong kong(boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelet
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara:Bahan yang bertanda* di ayak
dulu…Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair. Sebatikan.boleh campurkan
pewarna dan perasa yang anda inginkan….
strawberry ataupun coklat
Bakar dalam oven pada suhu 150′C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese120g susu pekat
manis 50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati adunan ini
memang cair

Untuk hiasan:cheddar cheese,
diparut

Cara penyediaan:Kek yang masak tadi
sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping..
tuangkan cream cheesedi atas kepingan
pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua
baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar
cheese di atas kek..Dah buat?Jom kongsi apa
rasa..hehehhe..Macam mudah je,macam senang
je,macam boleh buat je

                                                  

Wednesday, May 14, 2014

Ayam goreng berempah

Salam semua..hari ni nak kongsi 1 resepi AYAM GORENG BEREMPAH
Jom lihat bahan bahannya.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
Gku hkm. 1 sdt jintan manis (disangai dan
ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (boleh guna Adabi)1 biji
telur2 sb tepung jagung1 tangkai daun
karigaram secukupnya

Cara-cara

Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau
selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn
minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api
perlahan shj.Hidangkan panas2. Senang je kan,, jom kita cuba

Ayam goreng tomyam

AYAM GORENG TOMYAM

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di
ketuk )1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
1 biji buah tomato ( belah 6 )garamsedikit gula (
optional )minyak masak secukupnyadaun limau
purut

Cara penyediaaan

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak (
jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang
besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga
wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan
garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat
.5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau
purut. Bolehlah di hidangkan.

klik disini

ORDER FORM

Nama
Email Address
Contact No/Hp No
Delivery Address
Order/Quantity
Method of Payment Maybank
CIMB
Delivery Method
Any Inquiries

Click here to create your own form.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...