Jom belajar buat kuoh buah melaka plak..
Bahan-bahan ( 20 biji )
10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya(kalau taknak boleh guna pewarna hijau, masa rebus nanti masukkan daun pandan yang diracit2)
2 ketul gula melaka
2 cawan tepung pulut
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
secubit garam- digaulkan bersama kelapa
Cara-cara
Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa
Kredit to serihati
No comments:
Post a Comment