followers

Friday, May 2, 2014

Power pumping tingkat pengeluaran susu

Hari ni,, hari lahir adik ipar,,, apa la yang nak diberi padanya nnti,,, ada idea tk,,mesti mak mertua sibuk memasak dirumah,,,besar pengorbanan ibu pada anak2 kan,,walaupun menjadi suri rumah semua keje dia buat,, saya pun nak ikut jejak langkahnya,,

Ok, dalam sibuk sibuk fikirkan hadiah ni,, sempat jugak la saya sediakan satu entry tentang power oumoing,, ini untuk ibu ibu yang menyusu ye,,

POWER PUMPING:Adalah  teknik berkesan untuk mengatasi  masalah susu merudum,,

Adakah ibu-ibu  pernah atau sedang mengalami masalah susu merudum? Bayi menangis kerana tidak cukup susu? Breast rasa ringan seperti tiada susu?Sabar jangan cepat mengalah,Cari dulu alternatif sebelum berfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi anda. Apa yang boleh kita buat? Salah satunya ialah menerusi kaedah POWER PUMPING.

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Bagaimana caranya?

Teknik power pumping
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Ibu ibu disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh,kerana pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.So lebih banyak la produksi susu terhasil,, lwbih banyak stok yang kita dapat,,

Power pump di hujung minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,tetapi jangan putus asa,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Terus usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)

Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu

Pum setiap 2-4jam sekali
Apa sahaja hasil yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Saranan saya agar lebih bertenaga, dan susu lebih pekat,tambahan pula ia akan mencantikkan kulit kita, sesuai untuk mereka yang ingin lansing ketika masih menyusu bayi, cubalah ESP..pasti anda puas hati!

Nak cuba? Hubungi saya miyra 0148195447 wassup/msj

No comments:

klik disini

ORDER FORM

Nama
Email Address
Contact No/Hp No
Delivery Address
Order/Quantity
Method of Payment Maybank
CIMB
Delivery Method
Any Inquiries

Click here to create your own form.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...