Salam semua,, pagi2 ni rajin nak update blog..yelah sejak2 jadi suri rumah semula ni ada masa free skit,..pada yang rajin memasak kat umah entry kali ni mungkin memberi inspirasi pada anda..
IKAN SIAKAP TIGA RASA
BAHAN UNTUK IKAN
-seekor ikan siakap (yang dah dibersihkan)
-minyak masak(untuk goreng ikan)
-sedikit
-tepung jagung(untuk lumur pada ikan siakap)
garam secukunya(untuk lumur pada ikan)
BAHAN UNTUK KUAH
-2 biji bawang merah dipotong dadu
-6 biji bawang putih dicincang halus
-5 biji cili padi dipotong kecil
-1 inci halia dihiris halus
-1 biji tomato dipotong dadu
-sedikit nenas dipotong dadu
-4 sudu besar sos tomato
-4 sudu besar sos cili thai
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar sos ikan
-2 batang serai
-diketuk
-Beberapa helai daun limau purut
-Daun sup/daun bawang untuk hiasan
-Garam secukup rasa
-Gula secukup rasa
-sedikit cukup rasa maggi
-Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk cukup
rasa dan sedikit garam. Pastikan semua
bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula
dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah
bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
Pastikan minyak betul-betul panas barulah
dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan
tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan
ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang
lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang
putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, . Kacau
sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato,
nenas..
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan
garam, gula dan perasa kalau mahu..
8..biarkan sebentar..
9.sedia dihidang
No comments:
Post a Comment