followers

Thursday, July 24, 2014

PENYAKIT KEPUTIHAN BAHAYA?


Salam sejahtera pembaca-pembaca yang manis..
Zaman sekarang banyak penyakit yang menular.Salah satu penyakit yang perlu diketahui oleh kaum wanita adalah Penyakit Keputihan. Walaupun tidak semua Keputihan memerlukan rawatan, namun dengan mengenal dan mengetahui mengenainya sekurang-kurang kita dapat mengambil langkah awal bila terjadi kepada kita.
Image
Maka dari itu, pertama skali haruslah dibezakan dahulu, keputihan yang normal terjadi pada setiap wanita dan yang mana tidak. Keputihan Vagina atau dalam bahasa medicalnya disebut leukore atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina/liang kemaluan secara berlebihan. Dalam keadaan normal, cairan ini tidak sampai keluar, namun belum tentu cairan yang keluar tersebut merupakan suatu penyakit.
Image
Pada kesempatan kali ini, penulis akan cuba mengupas tentang jenis-jenis Keputihan berdasarkan simptom-simptom yang boleh dilihat. Gejala tersebut boleh diamati dari sifat cecair yang keluar ketika berlakunya keputihan. Sumber cecair boleh berasal dari vagina, cecair pangkal rahim, cecair uterus, dan cecair yang berasal dari tiub falopio.
  • Bila cecair yang keluar berwarna jernih, berlendir banyak tetapi tidak berbau maka hal ini merupakan sesuatu yang biasa terjadi ketika hampir hendak period, hormon estrogen yang berlebihan dan stress. Keputihan seperti ini juga sering dijumpai pada wanita hamil.Image
  • Jika cecair yang keluar seperti susu kental, likat, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu mencolok maka kemungkinan telah terjadi radang pada serviks/pangkal rahim (servicitis) dan vagina (vaginitis).
  • Cecair yang keluar berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut menderita vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis dan kesan rawatan radiasi ketika merawat kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat masalah-masalah tersebut. Ini perlu kepada perhatian dan rawatan doktor
  • Bila cairan berwarna kelabu dengan cebis/carik darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk yang keluar dari vagina, maka kemungkinan wanita tersebut mempunyai ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan lain yang sangat perlu diperhatikan adalah kemungkinan kanser benign. Segeralah mendpatkan kepastian dari doktor anda.
  • Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi infeksi bakteri non spesifik. Gejala ini juga timbul saat seorang wanita kelebihan hormon estrogen. Untuk masalah ini, rawatan antibiotik biasanya akan dimulakan oleh doktor anda
  • Bila cecair yang keluar putih, cair berbintik bintik banyak, berbau hanyir disertai dengan rasa nyilu atau sakit ketika membuangImage air kecil serta gatal di sekitar kemaluan maka kemungkinan wanita tersebut menderita infeksi yang disebabkan oleh opportunistic fungus/kulat. Candida albicans adalah kulat yang paling sering didapati di kemaluan seorang wanita terutamanya wanita hamil kerana ketika hamil paras hormon yang tinggi akan menyebabkan pH di kemaluan wanita terganggu seterunya menyebabkan opportunistic fungal akan mula menyerang. Untuk masalah ini, rawatan dengan anti-fungal (Fluconazole tab, Clotrimazole vaginal tab,Candid V cream) samada ditelan ataupun dengan menggunakan pessary akan diberikan oleh doktor.
  • Bila cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan terasa sakit apabila ditekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.
  • Terakhir, bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, nyilu/sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya menggunakan antibiotik dari group penicillin
Dah dapat gambaran sedikit sebanyak tentang perbezaan Keputihan? Bagus.. Lepas ni kalau nampak macam lain macam je, cepat-cepatlah dapatkan nasihat dari doktor ye.
Tapi, kalau keputihan normal, walaupun ianya tidak membahayakan nyawa, saya yakin ramai berasa tidak selesa bila menghadapinya. Keputihan akan menyebabkan kita rasa rendah diri kerana kita risau orang berdekatan dengan kita akan dapat menghidunya. Dibawah ni, saya kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan gejala keputihan.
1) Cuba cari cara untuk mengurangkan stress yang anda hadapi dengan cara yang anda selesa. Mungkin dengan berendam didalam air suam atau meluangkan masa untuk berurut dan bersauna di spa sekali sekala.
2) Ambil vitamin C dengan dos yang lebih tinggi dari biasa. Ketika stress, kadar penyerapan vitamin C dalam badan akan menurun secara mendadak. Vitamin C seperti yang kita tahu merupakan booster kepada immune system kita. Immune sistem yang lemah menyumbang kepada ketidakstabilan emosi juga memudahkan kita diserang kuman. Lebih lanjut mengenai vitamin C, sila baca kebaikan vitamin c
ImageImage
3)Boleh ambil supplemen seperti alfalfa atau klorofil untuk membantu masalah keputihan. Alfalfa mempunyai antibacterial dan antifungal effect. Ianya juga pencuci darah yang agak effective. Pengambilan alfalfa sebagi diet harian dapat membantu mengurangkan masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Image
4) Inisiatif lain anda boleh guna pantyliner berherba yang dibuat dari 100% kapas. kapas dapat menyerap lendir dan cecair keputihan dengan lebih effective dari gel. Herba yang terkandung dalam pantyliner tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mencuci dan mengurangkan kegatalan yang dihadapi wanita tadi.Image
5) Selain itu, anda  boleh amalkan petua orang lama dengan mencuci Miss V dengan air rebusan daun sireh yang masih suam. Sireh memang diakui mempunyai kesan antibacterial dan petua ini telah diamalkan secara turun temurun oleh nenek moyang kita. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah wanita tadi. Miss V sihat, Seri wajah juga akan meningkat!
6)Gunakan pembersih wanita yang berubat seperti Candazole v feminine hygiene

Selain itu jika anda kesuntukan masa anda boleh amalkan supliment shaklee yang ringkas dan mudah untuk diamalkan,

Set MISS V >

JOM KITA LIHAT
AlFalfa + Sustained released Vitamin C..

Anda boleh lihat kebaikan vitamin c dan kebaikan alfafa 
             


Ada lagi tawaran hebat:
- Anda akan dapat Konsultasi kesihatan secara percuma 
- Pembelian dengan kami melayakkan anda mendapat diskaun menarik! 
- SMS/whatapps laju2 kalau nak dapatkan harga kawan2!

♥Untuk mendapatkan produk ini sila hubungi miyra di 0148195447 (wassup/msj) Atau lawati fanpage Miyrass Beauty Shop,,
♥sila like page untuk mendapatkan tips2 berguna
♥maklumat di blog ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau , mengubati

No comments:

klik disini

ORDER FORM

Nama
Email Address
Contact No/Hp No
Delivery Address
Order/Quantity
Method of Payment Maybank
CIMB
Delivery Method
Any Inquiries

Click here to create your own form.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...