followers

Friday, July 18, 2014

KENALI PENYAKIT KELAMIN

Apa itu penyakit kelamin

PENYAKIT KELAMIN ( STD )Kaitan STD dan jangkitan HIV :Tingkahlaku berisiko (seks bebas) yang mendedahkan pesakit kepada jangkitan STD juga mendedahkan pesakit kepada HIV.STD meningkatkan risiko untuk menjangkiti HIV sehingga 10x ganda.* kerana mudah mendapat jangkitan dengan menyediakan tempat tempat masuk (entry point) dan penyebaran dengan menyediakan tempat keluar (exit point) disamping meningkatkan pendedahan sel darah putih / nanah yang mengandungi HIV.,


Ini bermakna mereka yang dijagkiti STD adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV melalui tingkahlaku berisiko atau risiko dijangkiti HIV meningkat, akibat dijangkiti STD.Apa itu penyakit STD?Penyakit STD adalah penyakit yang ditularkan melalui membran mukus dan cecair kelamin lelaki dan wanita, tekak dan dubur. Kebanyakan penyakit STD mudah dirawat. 


Sekiranya penyakit ini dikesan dari awal, ia tidak akan menyebabkan masalah yang serius. Sekiranya tidak, infeksi akan merebak dan komplikasi seperti kemandulan boleh terjadi. Penyakit ini mudah dijangkiti, oleh itu pengetahuan mengenai penyakit, tanda-tanda penyakit dan cara mendapat rawatan adalah penting.Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika saya sedang menghidapi penyakit STD?Penyakit STD lazimnya tidak banyak tanda-tanda. Anda mungkin menghidapi penyakit tersebut tanpa menyedarinya. Oleh itu, anda mungkin menjangkiti orang lain tanpa disedari.


Berikut adalah ringkasan beberapa penyakit STD yang sering ditemui dan cara merawatnya.  

1.     Gonorea Tanda akan muncul 3-5 hari selepas jangkitan terjadi. Bagi lelaki, discaj yang berwarna hijau kuning akan terjadi dan kesakitan akan dirasai sewaktu kencing. Discaj juga akan ditemui pada wanita. Adakalanya kedua lelaki dan wanita tidak menunjukan sebarang tanda-tanda.
Rawatan : Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah tamat.Risiko : Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat, jangkitan akan merebak dan menyebabkan kemandulan pada lelaki dan wanita. Terdapat beberapa jenis gonorea yang resistan kepada antibiotik, oleh itu adalah penting untuk seseorang itu dirawat oleh pengamal perubatan yang sah dengan rawatan yang sesuai. 

2.     Chlamydia Disebabkan oleh bakteria dan lazimnya tiada tanda. infeksi mungkin tidak disedari sehingga ianya mula menyebabkan masalah. Tanda seperti discaj dan kepedihan sewaktu kencing mungkin terjadi. Penyakit ini boleh terjadi bersama penyakit gonorea.

Rawatan :Antibiotik. Adalah penting agar kedua pasangan mengambil rawatan dan menghentikan hubungan seks sehingga rawatan telah sempurna.Risiko :Sekiranya penyakit tidak dirawat, infeksi akan merebak dan menyebabkan radang dan rahim dan kemandulan boleh terjadi. Infeksi ini kerap berlaku. 

3.     Sifilis Tanda Pertama infeksi ini adalah luka kecil ( ulser ) yang tidak menyebabkan kesakitan pada tempat yang dijangkiti ( chancre ). Biasanya ini terdapat pada kelamin atau mulut. Ini akan dapat dilihat selepas 9 hingga 90 hari selepas jangkitan terjadi. Ini akan hilang selepas beberapa hari dan mungkin tidak dikesan. Infeksi akan terpadam dalam badan untuk jangkamasa tertentu sehingga ruam merah terjadi pada seluruh badan. Ini juga mungkin tidak dapat dikesan / disedari.

Rawatan :Antibiotik. Kedua-dua pasangan mesti dirawat dan ubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. Sekiranya ulser itu tidak dikesan, ujian darah perlu dilakukan untuk mengesan penyakit ini.Risiko :Sekiranya sifilis dibiarkan ia akan menyebabkan masalah pada masa depan. Antara komplikasi yang kerap ditemui adalah penyakit jantung terutamanya pada peringkat akhir. Dementia juga berlaku akibat infeksi pada otak. Wanita boleh menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkan kecacatan. Rawatan boleh dimulakan pada bila-bila masa dan kejayaan lebih terjamin dan lebih cepat sekiranya rawatan dapat dimulakan lebih awal. 

4.     Chancroid Infeksi ini menyebabkan luka-luka kecil yang menyebabkan kesakitan di luka tersebut dan dikawasan sekeliling kelamin. Luka ini akan membesar dan tidak akan sembuh dengan sendirinya.

Rawatan :Antibiotik. kedua-dua pasangan perlu dirawat dan mesti menghentikan semua hubungan seks sehingga rawatan telah sempurna. 

5.     Herpes Disebabkan oleh virus Herpes yang menyerang hujung-hujung saraf. Tanda awal selepas jangkitan lazimnya disertai dengan kesakitan. Lecuran ( blister ) kecil akan terjadi pada kawasan yang dijangkiti - mulut dan kelamin - lebih kurang 2-20 hari selepas jangkitan terjadi. Ini mungkin disertai dengan demam tinggi, kesakkitan am pada badan dan bengkak kelenjar limfa. Lecuran ini akan pecah selepas 2-4 hari dan akan sembuh dengan sendirinya. Serangan berikutnya akan terjadi 3-4 kali setahun dan intensiti serangan ini akan berkurang apabila jangkitan menjadi lama ( kronik ).

Rawatan :Antiviral. Kedua-dua pasangan perlu dirawat dan hubungan seks dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.Risiko :Wanita yang hamil boleh menjangkiti anak dalam kandungan. Infeksi ini boleh menjangkiti otak dan menyebabkan kecacatan pada bayi. 

6.     Trichomoniasis Wanita kerap mengadu bahawa terdapat discaj yang busuk, gatal dan rasa sengal pada kelamin. Lelaki pula tiada tanda langsung. Tanda akan terjadi 2-3 hari selepas jangkitan terjadi.

Rawatan :Kedua-dua pasangan perlu dirawat dan ubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. 

7.     Candidiasis Infeksi ini terjadi pada faraj dan disebabkan oleh fungus. Ia menyebabkan discaj putih dan rasa gatal di faraj. Penyakit ini tidak semestinya terjadi akibat hubungan seka kerana ia boleh terjadi dengan sendirinya.

Rawatan :Ubat antifungus yang dimasukkan kedalam faraj. 

8.     Condyloma Sejenis virus yang menyebabkan "warts" yang akan dapat dilihat pada alat kelamin atau di sekeliling alat kelamin. 'Wart" ini adalah ketulan yang berwarna seakan kulit dan ini menyulitkan deteksi terutama di rongga kelahiran pada wanita. Tanda ini kerap dapat dilihat 3-9 bulan selepas jangkitan terjadi. Masa inkubasi yang panjang menyukarkan penetapan asal usul infeksi ini dan ini juga menyenangkan tularan terjadi.

Rawatan :Ia boleh dirawat dengan sejenis larutan yang dikenali sebagai "podophyllin". Wart akan disapu dengan ubat ini dan dibiarkan selama 4 jam. Selepas 4 jam, ubat ini boleh menyebabkan iritasi ( gatal-gatal ). Hubungan seks tidak boleh dilakukan sehingga semua wart telah dimusnahkan. kedua-dua pasangan perlu diperiksa.Risiko :Wanita yang telah dijangkiti oleh virus "Condyloma" perlu menjalani pemeriksaan pangkal rahim secara berkala. Ini adalah kerana virus boleh menyebabkan barah pangkal rahim. Jangkitan oleh virus ini amat  kerap 
Terjadi..

Kalau dilihat penyakit ini juga berbahaya walaupun nampak remeh kan..apa yang saya nak sarankan pada anda adalah mencuba supliment selain mendapat rawatan dan ubatan hospital,


Produk shaklee mempunyai set penjagaan kelamin,, iaitu vivix, vit c, esp, b complex, dan alfafa complex..



Anda boleh lihat kebaikan vivix antaranya ialah mengimpak 4 mekanisma  penuaan selular

lihat kebaikan vivix yang lain

Vitamin c sangat bagus untuk mengukuhkan sistem imun,, antara lain kebaikan vitamin c 

ESP juga banyak manfaatnya..antaranya membaik pulih tisu dan sel..lihat kebaikan ESP

Alfafa tumbuhan semulajadi yang ajaib ia adalah anti fungal
Kebaikan alfafa sangat banyak

Begitu juga dengan vitamin b..semuanya membantu dalam mengatasi penyakit kelamin









No comments:

klik disini

ORDER FORM

Nama
Email Address
Contact No/Hp No
Delivery Address
Order/Quantity
Method of Payment Maybank
CIMB
Delivery Method
Any Inquiries

Click here to create your own form.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...